![]() |
Penyakit Kayap |
- Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan
- Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid)
Sepanjang hayat seseorang, lebih kurang 10% hingga 30% akan menghidap penyakit ini.
Penyebab penyakit kayap adalah virus Varicella Zoster. Virus ini mula menghuni badan seseorang pesakit apabila dia menghidapi penyakit cacar air (chikenpox). Selepas cacar air sembuh, virus ini berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Apabila sistem imun menjadi lemah, ia menjadi aktif semula. Ia menyerang urat saraf dan menyebabkan keradangan saraf tersebut.
Gejala dan Tanda
Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).
Tanda terawal penyakit ini adalah rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat, demam, keletihan dan sakit kepala. Simptom tersebut dialami sebelum tanda-tanda kulit timbul. Ia lazimnya dialami oleh 80% pesakit. Ia akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.
Pada bahagian urat saraf yang terlibt, tanda pertama adalah tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan. Selepas 1 hingga 2 hari, timbul gelembung-gelembung air yang kecil. Air di dalam gelembung-gelembung tersebut berwarna kekuningan. Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembung-gelembung tersebut akan kering. Kulit kering (crust) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.
Selalunya doktor akan dapat mengenali penyakit kayap sekiranya pesakit datang dengan tanda-ttanda yang lazim bagi pesakit ini termasuk gelembung-gelembung air pada urat saraf di satu bahagian badan. Namun demikian, jikalau pesakit datang dengan tanda terawal tanpa tanda-tanda pada kulit, doktor mungkin mengalami kesulitan untuk membuat diagnosa penyakit ini.
Komplikasi
Komplikasi awal semasa adanya tanda-tanda kulit termasuk jangkitan kuman bakteria pada gelembung-gelembung air pada kulit dan pendarahan di dalam gelembung-gelembung tersebut. Kadang-kadang gelembung-gelembung tersebut mungkin merebak ke kawasan yang lain. Ini selalunya berlaku pada pesakit-pesakit yang mengalami kelemahan sistem imun. Pesakit-pesakit tersebut juga mungkin mengalami tanda-tanda kulit untuk jangka masa berpanjangan.
Jika kayap melibatkan bahgian muka , ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy). Kadang-kadang, kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) dan usus (enterocolitis).
Setelah tanda-tanda kulit sembuh, bahagian kulit tersebut mungkin akan menjadi parut. Komplikasi kronik yang lain lazimnya adalah post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Komplikasi tersebut selelunya dialami oleh pesakit-pesakit yang lebih tua (lebih daripada 65 tahun). Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Komplikasi kronik yang lain termasuk komplikasi mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang).
Beberapa kaedah meredakan kesakitan pesakit ini termasuklah :
- Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembung-gelembung air.
- Menggunakan ubat penahan sakit seperti non steroidal anti inflammatory drugs (NSAIDs) seperti diclofenac
- Menggunakan ubat neuroaktif seperti amitryptiline.
Penggunaan ubat antiviral dalam masa beberapa jam selepas gelembung-gelembung air timbul pada kulit dapat membantu mengelakkan komplikasi, mengurangkan tempoh masa jangkitan dari merebak. Ubat-ubat antiviral termasuk acyclovir, valacyclovir dan famciclovir. Ubat-ubatan tersebut lazimnya diberikan untuk tempoh seminggu. Kadang-kadang, pesakit-pesakit yang mengalami penyakit kayap yang teruk beserta dengan sistem imun yang lemah akan memerlukan rawatan di wad dengan ubat antiviral intravena.
Pesakit dengan penyakit kayap pada bahagian muka yang berdekatan dengan mata perlulah mendapat rawatan segera daripada pakar mata. Pakar mata akan memeriksa dan merawat mata pesakit tersebut untuk mengelakkan komplikasi terutamanya menjadi buta. Vaksin bagi menghalang penyakit herpes zoster boleh diambil individu yang berumur 60 tahun ke atas dan tiada kontraindikasi kepada vaksin tersebut.
Antara petua untuk merawat kayap adalah seperti berikut:-
Petua 1
Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali. InsyaAllah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.
Petua 2
Menggunakan daun pokok duit-duit yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya serta air perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap dan dibengkungkan semalaman.
Petua 3
Ubat makan dan ubat sapu, cucuk pun ada. Penyakit ini sesiapa pun boleh dapat termasuk doktor juga. Doktor kata stress pun boleh menjadi penyebab.
Petua 4 (Untuk Kayap Setompok)
Menggunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal pada kayap. 3 hari je dah kering. Tapi makan kena jaga-jaga sikit, takut nanti rasa berbisa dan gatal. Yang penting sekali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak.
Petua 5
Pucuk daun bunga melur, pucuk daun buah delima, daun setawar dan pucuk daun mambu. Semua daun tersebut di tumbuk atau di belender dan dicampurkan dengan bedak sejuk dan dibancuh pekat. Disapu atau tampal pada kaya tersebut. (tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal, goreng-gorengn tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.
Petua 6
Guna jenis ubi, lupa plak nama ubi tu seakan-akan keledek digosok kat simen/lesung batu, ambil pati dia dan sapu di tempat kayap tersebut, alhamdulillah kering 2,3 hari lepas tu...Cuba rujuk orang-orang tua tentang ubi.
Petua 7
Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk sapu pada tempat yang terkena tu.
Petua 8
Menggunakan garam buloh. Cara merawat dengan ambil sedikit garam buloh dan campur sedikit air biar garam buloh tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. Amalkan 2 kali sehari sebelah pagi dan malam. Selepas itu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam gelas air, lepas kacau sehingga laru sambil berselawat dan minum (sunnah rasul)...ini adalah rawatan secara dalaman & luaran, insyaAllah penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk jerawat gatal serta penyakit-penyakit kulit yang lain.
Petua 9
- Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah.
- Seterusnya, anda keluarkan air dari batang keladi tu.
- Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangfkiti kayap. Jika tiada aral melintang, pada keesokkan harinya anda dah boleh mengupas kayap itu seperti mengoyak plastik.
Anda juga dilarang makan makanan seperti berikut:
- Jangan makan makanan berminyak.
- Buah tempatan tak boleh makan
- Tak boleh dengan orang goreng lauk dan tak boleh goreng sebarang benda pun.
- Tak boleh kena sabun
- Tak boleh makan buah/sayur yang menjalar (contohnya tembikai, timun dan labu)
- Tak boleh makan makanan yang gatal contohnya (seafood, ayam dan telur)
Anda juga boleh merawat kayap mebggunakan Garlic Tablet
Garlic pula adalah anti-virus semulajadi, anti-bakteria dan meningkatkan sistem pertahanan badan daripada dijangkiti bakteria. Maka, pengambilan Garlic adalah sangat membantu dalam merawat penyakit kayap ini. 2 biji Garlic bersamaan dengan 2 ulas bawang putih segar.
Dapatkan sekarang dari AGENT sah
FOR MORE INFO
FB: Syarifah Kahar
IG syarifah_kahar
Gmail: syarifah1310@gmail.com
Special Credit :
CDM Norafra Azmira
http://norafrazmira.blogspot.my/
No comments :
Post a Comment