Sunday, 30 October 2016

5 LANGKAH MENGURANGKAN BERAT BADAN

Bagaimana untuk anda dapatkan berat badan yang anda idamkan???


Individu yang mengambil sarapan pagi yang sihat setiap hari lebih mudah mengelakkan kenaikan berat badan selepas mengalami penurunan berat badan.



Memiliki berat badan yang berlebihan akan meningkatkan risiko menghidapi pelbagai penyakit seperti sakit jantung, arthritis, barah dan terutamanya risiko kematian pramatang.

Pengurangan berat badan akan memperbaiki tahap kesihatan, keyakinan diri dan juga penampilan diri. Pengamalan diet adalah sebahagian daripada pengurangan berat badan, tetapi ini tidak bermakna kita perlu berasa lapar.

Diet yang betul seharusnya membuatkan anda berasa kenyang dan berpuas hati. Jika anda berasa letih, lapar atau murung selepas mencuba untuk mengurangkan berat badan, maka program penurunan berat badan perlu diubah. Pegawai dietetik yang berkelulusan boleh membantu anda.





Di sini diberikan 5 langkah untuk anda yang ingin mengurangkan berat badan di mana anda boleh mengamalkannya setiap hari.

1. Tentukan berat yang diingini

Tentukan matlamat yang realistik. Contoh : 1.0kg/minggu. Pengurangan berat badan sedikit demi sedikit adalah lebih baik. Crash dieting akan menyebabkan kehilangan berat yang banyak seterusnya menyebabkan peningkatan berat yang lebih cepat.


2. Simpan diari makanan.

Tuliskan segala yang anda makan dan minum. Diari ini penting untuk mengetahui apa yang perlu dimakan atau dielakkan untuk mengurangkan berat badan.

3. Elakkan makanan kalori tinggi.

Anda hanya dibenarkan mengambil sedikit kalori setiap hari, jadi gunakanlah dengan bijak. Jauhkan makanan bergoreng, minuman berkarbonat, minuman manis, santan atau kuah.

4. Makan makanan serat tinggi, rendah lemak.

Makanan ini akan membuatkan anda kenyang dan dapat mengelak penyakit diabetes dan barah. Contoh makanan seperti roti bijirin penuh, beras perang, sayuran dan buah-buahan.

5. Sentiasa bergerak.

Senaman dapat meningkatkan jisim otot. Mempunyai lebih otot akan meningkatkan kadar metabolisma, menyebabkan badan anda membakar kalori walaupun dalam keadaan rehat!


Yang paling penting pastikan anda minum air mineral yang cukup setiap hari. Setakat ini dahulu, nanti saya sambung lagi ya... InsyaAllah.....


Ingin mengetahui produk baru untuk diet sihat anda?????  >>Sila Klik <<

No comments :

Post a Comment